Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Keputusan undian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dianggap Palestin satu kejayaan buat mereka.
Jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah yang mengalu-alukan keputusan undian itu berkata, ia adalah satu kejayaan buat Palestin.
"Kami akan meneruskan usaha di PBB dan semua forum antarabangsa untuk menamatkan penjajahan di wilayah kami serta mewujudkan sebuah negara Palestin dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara," katanya.
Katanya, keputusan itu sekali lagi mengesahkan usaha Palestin mendapat sokongan undang-undang antarabangsa dan tiada keputusan oleh mana-mana pihak boleh mengubah realiti.
Sementara itu, Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata, masyarakat antarabangsa menunjukkan dalam undian PBB berkaitan status Baitulmaqdis bahawa 'maruah dan kedaulatan bukan untuk dijual.' -Reuters/AFP
21 Disember 2017 - 19:10
News ID: 873559
Keputusan undian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menolak pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) ke atas Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dianggap Palestin satu kejayaan buat mereka.